Permainan VR terbaru bagi bulan Oktober

Oktober merupakan bulan yang sangat dinantikan bagi penggemar permainan video yang menggunakan teknologi VR kerana terdapat permainan Resident Evil 4 yang akan dilancarkan pada hujung Oktober melalui Oculus Rift sahaja. Terdapat banyak lagi permainan yang menarik pada bulan ini.

Seperti biasa anda boleh mencari semua permainan ini di aplikasi seperti Quest, Steam dan PSVR.

Senarai permainan terbaru pada bulan Oktober

Men in Black Arcade (Oktober 1) – Dreamscape LA

Jadilah orang pertama untuk menjelajah dunia Man In Black di dalam VR. Setakat ini kami boleh menjangkakan permainan ini mempunyai pelbagai jenis makhluk asing dan pakaian yang isrimewa serta alat teknologi yang canggih.

Puzzle Bobble 3D: Vacation Odyssey (Oktober 5)

Permainan klasik sudah tiba di PSVR dalam versi baru iaitu Puzzle Bobble yang diadaptasi dalam bentuk 3D. Permainan ini meminta anda untuk menembak ‘Bobble’ nagi melepasi halangan uang disediakan.

Song in the Smoke (Oktober 7) – Quest, PSVR, Rift

Ini adalah permainan yang bertemakan kelangsungan hidup di mana pemain perlu memburu haiwan untuk mendapatkan makanan, mencari sumber bertujuan membina tempat perlindungan dan adaptasi diri anda dalam dunia makhluk AI. Saya menjangkakan permainan ini dapat memberi pengalaman kelangsungan hidup yang sangat menarik dan mencabar.

Lone Echo II (Oktober 12) – Rift

Permainan ini ramai dinantikan bagi pemain VR. Permainan ini memberi pengalaman dalam dunia angkasa yang sangat menajubkan. Pemain perlu mengembara dan menangani segala cabaran yang dihadapi. Kita akan merasai pengalam jack dan Liv dalam pengembaraan tanpa graviti.

Resident Evil 4 (Oktober 21) – Quest 2

Game ini sangat popular di PlayStation 2 suatu ketika dahulu. Sekarang, pemain boleh merasainya semula dalam dunia realiti maya (VR) . Permainan ini berkisahkan seorang anggota polis (Leon) yang mahu menyelamatkan anak Presiden yang diculik oleh sekumpulan penjahat . Ini akan membawa masalah yang besar apabila anak Presiden tersebut dibawa ke tempat yang banyak makhluk yang merbahaya dan menyeramkan. Pemain pasti akan merasai pengalaman yang sangat menarik di dalam game ini.

Senarai di atas merupakan senarai permainan yang dinantikan penggemar VR. Teknologi permainan yang menggunakan VR semakin berkembang maju pada masa kini dan mungkin akan mengambil alih rentak permainan video pada masa akan datang.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.