Far Cry 6 mungkin membawa nafas baharu

Berkemungkinan memberi pengalaman mod ‘multiplayer’.

Baru-baru ini ada video menunjukkan pemain boleh mengimas kod dengan mengunakan telefon di dalam permainan tersebut. Ini mengukuhkan lagi teori mod baharu iaitu ‘multiplayer’.

Far Cry 6 akan dilancarkan pada sekitar minggu ini iaitu pada awal Oktober. Kepada sesiapa yang tidak mengenali siri permainan video Far Cry ini, jangan risau admin akan terangkan serba sedikit kepada anda.

Apa itu Far Cry 6?

Far Cry 6 adalah permainan Ubisoft terbaru dan permainan angka keenam dalam siri Far Cry. Ia akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2021 untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan PC. Di samping itu, ia akan dikeluarkan di platform streaming Google Stadia. Tayangan perdana Far Cry 6 berlangsung semasa Ubisoft Forward pada bulan Julai 2020, dengan permainan pertama kali diperkenalkan pada akhir Mei 2021.

Pemain akan memiliki sebilangan besar senjata “luar biasa”, serta banyak alat pengangkutan – dari kuda hinggalah secanggih kereta kebal. Pemain juga dapat menggunakan pelbagai senjata mengikut kesesuain cara bermain bagi setiap individu.

Pemain akan mengembara seperti di dunia nyata kerana kecantikan grafik yang dibawa daripada permainan video daripada Ubisoft ini. Paling digemari adalah semua pemain boleh mereka watak sendiri mengikut kreativiti masing-masing serta memilih jantina yang disukai. Selain itu, pemain juga boleh menukar kepada pelbagai jenis pakaian yang disediakan.

Game ini pasti akan ada banyak misi sampingan bertujuan untuk megalahkan tentera Anton Castillo.

Jika anda berminat untuk menyertai pengembaraan di Far Cry 6, anda boleh melanggan permainan video ini di Epic Games dengan berharga RM189.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.