Apa yang anda perlu tahu sebelum beli Battlefield 2042

Seperti yang anda ketahui, sekarang Battlefield 2042 sedang menjalani pengujian Beta pada minggu ini. Tayangan awal permainan video ini mendapat banyak pujian serta kritikan.

Pujian

Salah satu perkara yang terkenal dengan permainan Battlefield adalah grafiknya yang luar biasa, persekitaran yang relaistik, dan skala peta yang sangat besar (32 v 32) -. Dua ciri baru di Battlefield 2042 adalah “in field vehicle call ins” dan “in field weapon customization.” Ini memberi pemain kemampuan untuk memanggil kenderaan terus ke pemain dan akan mempercepatkan rentak pemainan. Tambhan pula, pemain boleh menukar bahagian senjata semasa dalam pertempuran. Ciri ini adalah sangat menarik dan tidak pernah lagi dipamerkan dalam permainan video FPS yang lain sebelum ini.

Apa yang menarik lagi, walaupun sekarang kita baru diperkenalkan dengan senjata dan pilihan pegawai yang sikit, permainan video ini sangat menarik kerana pemain perlu belajar dengan teliti untuk pegawai yang dipilihnya. Permainan video yang sangat lancar dan pemain tidak perlu belajar ‘recoil’ secara terperinci. Permainan ini sangat menmentingkan ketepatan dan kelincahan individu dan sangat menguji kebolehan reaksi seseorang. Apabila pemain dapat mengenakan ‘headshot’, pemain akan rasa sangat puas hati kerana animasi dan bunyinya yang sangat menajubkan.

Kritikan

Dengan grafik yang sangat tinggi, kadang-kadang sangat sukar untuk pemain melihat pemain lain pada jarak yang jauh. Hal ini menyebabkan , ia sangat sukar unruk mengenal pasti sama ada pemain itu kawan atau lawan. Banyak juga ciri lain yang mengelirukan seperti pemain mahu mengkustom pegawainya.

Seperti yang diakatakan di atas, peta permainan video ini sangat besar. Ini menyebabkan banyak kekosongan di dalam peta yang menampakkan permainan video ini seperti belum siap sepenuhnya. Pemain boleh memanggil kenderaan tetapi mestilah kenderaan itu ada di sekitarnya sahaja. Pengalaman saya, pemain boleh berlari di sekeliling peta selama 5 minit dan tidak akan jumpa seorang musuh pun. Pemain perlu mengikut objektif permainan itu dan baru boleh merasai pertempuran permainan itu.

Jadi..

Pada saya, Battlefield 2042 adalah salah satu permainan video yang akan popular pada jangka masa tertentu. Dalam keadaannya sekarang, saya menilai ia 7/10. Ciri-ciri baru memberi anda pelbagai pilihan untuk meneroka peta besar dan membantu memberi kelebihan strategik kepada diri sendiri dalam pertempuran. Tetapi pada penghujung hari, itu hanyalah Battlefield. Ia melakukan beberapa perkara untuk menarik peminat permainan FPS kasual seperti Call of Duty, tetapi secara keseluruhan permainan ini tetap menjadi tema utamanya “Battlefield”. Saya akan mengesyorkan mana-mana peminat penembak orang pertama untuk mencuba permainan ini apabila ia keluar secara rasmi dan anda mungkin tidak akan menyesal pada ketika itu.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.