Memperkenalkan ‘Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline’

Anda semua boleh mendafatar di website Ubisoft untuk mendapatkan akses awall permainan itu.

Tinjauan permainan

Tom Clancy’s Ghost Recon® Frontline adalah penembak PVP bebas untuk bermain, taktikal-aksi, yang didasarkan pada alam semesta Ghost Recon yang terkenal. Ghost Recon Frontline menampilkan sistem kelas dan sekumpulan besar alat sokongan taktikal yang membolehkan kebebasan sepenuhnya dalam permainan strategik, dengan pelbagai cara untuk mengalahkan pasukan musuh dan memenangi setiap pertempuran.

Taktikal

Source: Ubisoft

Anda boleh tukar antara kontraktor yang berbeza, walaupun dalam pertempuran yang sengit. Merancagng medan perang di sekitar anda dengan memanggil bantuan taktik seperti menara automatik yang mematikan, drone dan penghadang besar. Permainan ini memerlukan taktikal yang strategik untukmengatasi pihak lawan.

Skuad berasas kelas

Source : Ubisoft

Bekerjasama dengan pemain lain dari seluruh dunia dan mengumpulkan skuad sempurna anda melalui sistem kelas yang mendalam. Nikmati pengalaman permainan yang bersesuain dengan anda dan bawa strategi taktikal anda sendiri ke medan pertempuran.

Peta pertempuran yang luas

Source : Ubisoft

Temui Pulau Drakemoor, dunia terbuka yang penuh dengan pelbagai persekitaran menajubkan di Ghost Recon Frontline. Terdiri daripada pelbagai bangunan yang berbeza, dari gunung tinggi hingga tanah gersang dan keadaan cuaca yang selalu berubah,Peta Pulau Drakemoor sangat bagus hingga memerlukan strategi yang sangat teliti untuk mengusai setiap perlawanan.

Akses permainan ini melalui PC , Xbox dan Playstation 4 & 5 sekarang di laman sesawang rasmi Ubisoft.

Source: Ubisoft

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.