‘The Batman’. Apa yang berbeza dengan superhero Robert Pattinson?

‘Trailer’ baru pertama untuk “The Batman” akhirnya ditayangkan di Youtube setelah hampir setahun kita mendengar khabar nagin tentangnya. Para hadirin DC FanDome, pengurus syarikat buku komik yang melahirkan Batman, Superman, Wonder Woman dan lain-lain, mendapat penampilan pertama hujung minggu ini. Ia mendedahkan lebih banyak lagi visi pengarah Matt Reeves tentang Gotham City yang baru.

‘Trailer’ berdurasi 2 minit 45 saat kebanyakannya menggunakan rakaman yang tidak sama sperti sebelumnya, yang memulakan penyuntingan pada 20 Ogos 2020 — ketika filem itu masih dalam produksi — dan memperkenalkan Zoë Kravitz sebagai Catwoman . Jeffrey Wright. sebagai James Gordon, orang bertopeng. Seterusnya,Paul Dano sebagai Riddler dan, tentu saja, Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman. ‘Trailer’ itu sendiri sangat kurang jelas dan kita tidak dapat mendengar pun suara Robert Pattinson itu sendiri.

Walaupun Bruce Wayne dalam “The Batman” adalah versi yang lebih muda daripada yang kita lihat dalam “Justice League”, filem baharu itu adalah filem yang berdiri sendiri yang tidak berlaku dalam alam sinematik yang sama seperti filem tersebut.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.