Riot akhirnya mendedahkan Agen terbaru Valorant: Chamber. Chamber diumumkan pada hari Jumaat dengan treler khas yang mempamerkan gerakan licik dan senjata tambahan yang berbentuk seperti Sheriff dan Operator.
Chamber ialah watak sentinel baharu, yang bermaksud dia memberikan pasukannya beberapa utiliti tambahan, tetapi dia perlu mendapatkan pembunuhan untuk menggunakan sebahagian daripadanya. Kuasa terhebatnya mengeluarkan senapang sniper, yang membunuh musuh dalam satu tembakan dan memperlahankan musuh di sekeliling pemain yang baru sahaja mati. Berikut adalah semua kuasa Chamber:
C — TRADEMARK
Chamber boleh meletakkan 2 perangkap yang boleh membuatkan musuh akan menjadi perlahan apabila terkena di kawasannya. Perangkap ini akan dapat membantu Chamber untuk mengendali kawasannya kerana mendapat notifikasi apabila musuh terkenannya.
Q — HEADHUNTER
Chamber akan mengaktifkan senjata berbentuk Sheriff yang mempunyai terget untuk membantunya membunuh musuh.
E — RENDEZVOUS
Chamber boleh meletakkan dua sauh teleport. Semasa berada di atas tanah dan dalam julat sauh, aktifkan semula untuk teleport dengan pantas ke sauh yang lain. Sauh boleh diambil untuk digunakan semula.
X — TOUR DE FORCE
Chamber akan aktifkan senapang sniper yang berkuasa yang akan membunuh musuh dengan satu tembakan langsung. Membunuh musuh lalu mencipta medan kuasa yang memperlahankan pemain terperangkap di dalamnya.
Chamber dijangka tiba di Valorant pada 16 November.