G2 Esports Melebarkan Sayapnya ke China

Organisasi esport Eropah G2 Esports telah mengumumkan perluasan wilayah jualannya untuk produk pengguna kini termasuk China.

Menurut keluaran itu, produk e-dagang G2 Esports akan tersedia untuk dibeli melalui talian internet T-Mall dan Taobao. Ini termasuk G2 2021 Pro Kit, rangkaian G2 Essentials dan produk gaya hidup G2 x Adidas.

Produk G2 Esports untuk pasaran China akan dikeluarkan dalam beberapa bulan akan datang, dengan Jersi rasmi G2 China dalam perancangan. Pengumuman itu susulan akaun Weibo rasmi organisasi itu mencecah 1 juta pengikut awal bulan ini. G2 pada mulanya melancarkan akaunnya di platform sosial Cina pada 2019. Tahun ini merupakan masa yang produktif untuk G2 Esports untuk meleabrkan sayapnya di cChina. Di samping mendapatkan perkongsian dengan Bondly dan Betway, organisasi itu telah mendedahkan beberapa kolaborasi fesyen bersama New Era, Ralph Lauren dan Adidas.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.