Seperti yang anda tahu, Call of Duty Warzone sangat memneri impak negatif kepada pemain, pengasas permainan dan seluruh komuniti CoD.
Dengan itu, Call of Duty Warzone baru mengumumkan ketibaan Anti-Cheat dariapda syarikat Ricochet baru-baru ini. Sistem anti-cheat Ricochet diperkenalkan di Call of Duty: Warzone dan Call of Duty: Vanguard. Sistem ini akan menggunakan kombinasi pemacu tahap kernel PC, algoritma pembelajaran mesin untuk memeriksa tingkah laku pemain, dan “pasukan profesional yang berdedikasi” yang bekerja untuk menyiasat penipu dalam permainan ini.
Pemacu peringkat kernel PC telah dikembangkan secara dalaman untuk francais Call of Duty oleh Activision, dan akan dilancarkan terlebih dahulu untuk Call of Duty: Warzone dengan peta baharu iaitu Pasifik yang akan datang. Permainan PC semakin menggunakan pemacu peringkat kernel untuk mengesan penggodam yang semakin liat ini.
Sistem anti-cheat Ricochet di Call of Duty tidak akan selalu aktif, menurut Activision. Ini bermaksud pemacu tahap kernel hanya beroperasi apabila anda membuka Call of Duty: Warzone, dan anti-cheat ini akan dimatikan semasa anda keluar permainan. Anti-cheat itu sendiri akan memantau proses semasa pemain berinteraksi dengan Warzone untuk melihat apakah mereka cuba memasukkan kod atau memanipulasi permainan, dan melaporkan kembali.