Duo yang memenangi dua gelaran Major bersama-sama mungkin bersatu semula selepas menghabiskan masa di pasukan berasingan.
Gabriel “FalleN” Toledo dan Marcelo “coldzera” David sedang dalam perbincangan untuk menyatukan semula dan membentuk senarai pemain Brazil. Pasangan itu telah secara aktif mencari organisasi untuk membina projek baharu, di mana mereka akan menjadi duo teras kepada kumpulan itu.
FalleN mengikuti pada awal tahun 2021, menyertai Team Liquid, tetapi khidmatnya di dalam kumpulan itu tidak memberi kesan positif, Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila Team Liquid tidak memenangi apa-apa trofi antarabangsa sejak kedatangannya.
Menurut laporan di HLTV, pasangan pemain Brazil itu berhasrat untuk ke Complexity sebagai destinasi untuk projek mereka, dengan coldzera baru-baru ini mengambil bahagian untuk pasukan itu untuk membantu mereka menutup musim dengan kontrak sementara yang tamat pada hari Isnin lalu. Oleh itu, pasangan itu juga bebas untuk meneroka organisasi lain kerana mereka berdua tidak lagi terikat dengan mana-mana kontrak.
Dalam satu sumber yang saya dapat simpulkan, Complexity juga sedang berbincang mengenai usul yang dibawa oleh kedua-dua pemain ini namun sehingga kini tiada maklum balas yang diperoleh lagi dari Complexity. Pada pendapat saya, idea mereka berdua ini tidak lagi relevan berdasarkan sejarah kumpulan organisasi yang hanya menumpukan pemain mereka daripada satu negara sahaja.