Game Baharu : The Cycle Frontier

The Cycle ialah permainan FPS yang berasaskan perlawanan yang berkonsepkan PvPvE, menyelesaikan tugas, mencuba senjata baharu dan pemain hendaklah menjelajah dunia yang penuh dengan raksasa dan misteri yang perlu diterokai.

Dunia The Cycle Frontier

Peta di dalam permainan ini sangat enajubkan. Terdapat 2 variasi peta yang disediakan di dalam permainan ini. Peta yang pertama lebih kepada peta yang dibina untuk pemain awal yang baru menjejakkan kaki mereka di dalam permainan ini. Peta yang kedua pula lebih kepada pemain yang ingin mencabar diri mereka dalam menghadapi cabaran yang lebih sukar seperti tebing, jurang, dan seumpamanya. Kedua-dua peta adalah kawasan terbuka, dan terdapat pelbagai teka-teki dan helah yang boleh anda lakukan. Transaksi mikro yang ada nampaknya terhad kepada kosmetik sahaja, dan anda tidak boleh meningkatkan senjata anda dengan mikro itu.Hal ini menunjukkan permainan ini bukanlah permainan yang dibayar untuk menang.

Permainan iniberkonsepkan PVP- Survival. Anda perlu sentiasa menyimpan barang berharga yang diperoleh di dalam peti simpanan anda kerana jika anda dibunuh barang berharga seperti tidak akan hilang atau diambil oleh orang lain.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.