Ludwig Menandatangani Kontrak Youtube Gaming

Salah satu strim paling popular di Twitch, Ludwig telah mengumumkan pemergiannya daripada platform penstriman milik Amazon untuk menstrim secara eksklusif di YouTube, dengan strim pertamanya dijadualkan lewat hari ini.

Ludwig Ahren dikenali sebagai salah seorang bintang Twitch telah menyebabkan keputusan ini mengejutkan ramai orang dan tamparan hebat untuk Twitch kerana Ahren akan membawa peminatnya ke platform yang setaraf itu. Ludwig tidak menyatakan mengapa dia membuat keputusan itu tetapi dia bukanlahorang pertama yang menolak Twitch untuk YouTube Gaming.

Ludwig mengumumkan pemergiannya di sebuah videonya, di mana dia membuat adegan melompat daripada kereta biru kepada kereta merah. Kini, dia boleh memainkan pelbagai muzik di dalam strimnya secara bebas.

Ludwig masih belum menjelaskan keputusannya. Dia mengikuti jejak langkah orang seperti Valkyrae dan CouRageJD yang berjaya beralih ke YouTube Gaming tanpa sebarang masalah.

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.