Valorant : Sentinels Akhirnya Mempuyai Jurulatih

Rawkus menyertai Sentinels sebagai brainpower

Bagi Rawkus, ini akan menjadi usaha pertamanya dalam bidang kejurulatihan, kerana dia telah bersaing sebagai pemain sejak 2016 bagi permainan Overwatch. Dia juga merupakan salah seorang ahli FaZe Overwatch pada 2016 dan 2017 sebelum akhirnya menyertai Houston Outlaws dalam Liga Overwatch. Persaraan akhirnya dan peralihan ke Valorant membawanya kembali ke FaZe, di mana dia dan Andrej “BABYBAY” Francisty diumumkan sebagai dua ahli terakhir senarai lengkap pertama organisasi itu pada tahun 2020.

Dengan Rawkus kini meninggalkan FaZe, pasukan itu ditinggalkan dengan tiga pemain aktif ditambah Jimmy “Marved” Nguyen, yang masih dipinjamkan kepada Envy. Menurut laporan yang diperoleh daripada George Geddes dari Upcomer, Corey “corey” Nigra dan Zachary “ZachaREEE” Lombardo sedang mencari oragnisasi lain untuk mengembangkan lagi sayap mereka.

Walaupun menjadi salah satu daripada beberapa pasukan teratas tanpa jurulatih, Sentinels mampu menjadi oraganisaisi terbaik di Amerika Utara. Walau bagaimanapun, pasukan itu sendiri telah merasai kesukaran tanpa jurulatih dan hal ini dapat dibuktijan lagi apabila mereka gagal untuk mempertahankan kejuaraan mereka dan menghampakan peminat mereka.

Kini, Sentinels mempunyai lebih kurang 1 bulan untuk membuktikan diri mereka bahawa merekalah juara dunia dalam permainan Valorant dengan dibantu jurulatih baru mereka ini iaitu Rawkus.

Dengan pertambahan ahli baru mereka, inilah ahli Sentinels yang akan bertanding di Vaorant Champions bulan hadapan :

  •  Shahzeb “ShahZaM” Khan
  •  Tyson “TenZ” Ngo
  •  Hunter “SicK” Mims
  •  Jared “zombs” Gitlin
  •  Michael “dapr” Gulino
  •  Shane “Rawkus” Flaherty (Coach)

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.